MATLAMAT
KURIKULUM
Matlamat Kurikulum Standard
Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman
murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea
matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta
kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan
seharian.
OBJEKTIF
KURIKULUM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata
pelajaran Matematik membolehkan murid:
- Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.
- Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
- Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
- Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
- Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
- Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan seharian.
- Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.
- Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
- Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.
0 comments:
Post a Comment